Rawatan Laser Lipolisis
Kelebihan Laserlipolisis
- Mengubah bentuk badan anda
- Menyingkirkan lemak di bahagian tertentu
- Menegangkan dan melicinkan kulit
- Kesan serta merta
- Hasil yang baik dan berkualiti
- Doktor pakar yang berpengalaman
Bagaimana Laserlipolisis Bertindak?
Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah lemak tanpa mengganggu sel-sel lain dan selamat digunakan.
Justeru ia selamat digunakan. Selain memecah lemak, kaedah ini kan menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang semula.
Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan.
Dalam tempoh tiga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri. Proses tiga hingga lima bulan ini dinamakan remodeling. Melalui kaedah ini sistem kulit secara semula jadi akan beransur-ansur menjadi lebih muda. Kandungan kolagen semula jadi akan bertambah kerana stimulasi laser ini.
Fungsi sel lemak untuk menyimpan bahan kimia yang dinamakan lipid yang menyediakan tenaga untuk tubuh . Tenaga ini berasal dari makanan yang anda makan . Tenaga ini disimpan sebagai lemak . Sebenarnya lemak secara terus menerus dimasukkan ke dalam dan dibawa keluar dari setiap sel lemak . Kegemukkan juga boleh terjadi apabila proses mengeluarkan lemak dari sel lemak terganggu seperti ketidak seimbang hormone dalam badan .
Kulit bukan saja menjadi penutup untuk badan kita , tetapi ia adalah organ terbesar pada tubuh badan . Fungsi kulit adalah banyak , diantaranya menghalang kita menjadi dehidrasi , menghalang organisma memasuki badan kita dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari .
Hypodermis lah di mana 50% dari Jumlah kesemua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hypodermis adalah sebagai penebat , insulasi dan penyimpan tenaga. Secara dasar nya , lemak di simpan di tubuh dalam2 bentuk yang utama. Pertama adalah bentuk GYNOID . Ia Merujuk kepada pengumpulan lemak di Bahagian bawah badan , pinggul , peha dan punggung dan memberi bentuk “PIR” . Bentuk kedua adalah “android” dimana lemak lebih tertumpu berkumpul di Bahagian atas badan dan memberi bentuk “apple”.
Peratusan lemak didalam tubuh berubah ubah dan dipengaruhi oleh hormone seperti insulin , estrogen dan testosterone. Apa yang anda perlu tahu bahawa , apabila anda mencapai akil baligh , Jumlah sel lemak dalam badan akan tetap dan tidak bertambah KECUALI jika anda menjadi tersangat gemuk. Selepas akhil baligh , sel lemak hanya akan bertambah jika berat badan anda menjadi 200% daripada berat badan ideal anda.
Namun begitu , jika anda telah menjaga makanan dan memakan dengan sihat dan betul , telah memperbetul kan hormone dan telah bersenam tetapi masih juga terdapat lapisan lemak di Bahagian perut , “saddleback” , dada ,lengan atau peha. Liposuction boleh membantu.
Kini terdapat pelbagai kaedah liposuction yang selamat , seperti laser liposuction , Power assisted liposuction , Vaser liposuction , Body jet liposuction dan sebagainya. Setiap satu procedure mempunyai kelebihan masing masing. Namun begitu , yang paling penting adalah kemahiran dan pengalaman doktor yang melakukannya.
HUBUNGI KAMI SEGERA
Comments
Post a Comment