Rawatan Laser Buang Bulu

 MASALAH BULU ROMA YANG BERLEBIHAN BOLEH DI RAWAT DENGAN KAEDAH LASER?



ANTARA KELEBIHAN LASER BUANG BULU:

  • Mematikan akar-akar rambut yang kasar tanpa merosakkan kulit di sekelilingnya
  • Mengaktifkan penghasilan kolagen bawah kulit
  • Melicinkan permukaan kulit yang kasar
  • Mencerahkan celah-celah yang gelap


APA ITU LASER BUANG BULU ?

Rawatan laser buang bulu adalah rawatan mematikan bulu roma dengan menggunakan kaedah pancaran cahaya sehingga ke akar umbinya. Di Marissa, kaedah rawatan laser dilakukan secara saintifik. Ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:YAG.

Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu roma adalah tebal maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik. Kandungan melaninnya yang rendah maka ia tidak mati. Oleh itu laser perlu dibuat beberapa sesi selang 6 hingga 12 minggu. Ini bertujuan membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.

Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah mana kala mereka yang berkulit gelap, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:YAG. Ianya bersesuaian untuk kulit orang Asia serta mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan.


BAHAGIAN MANAKAH YANG BOLEH DIRAWAT MENGGUNAKAN LASER BUANG BULU?

  1. Wajah
  2. Kaki
  3. Lengan
  4. Janggut janggut
  5. Ketiak
  6. Dada

HUBUNGI KAMI SEGERA



Comments

Popular Posts

EYE BAG TAU KENTUNG LEMAK DIBAWAH MATA

Glutathione – Raja Antioksidan