Tips Mencerahkan Muka Secara Semula Jadi
Kita semua idamkan kulit yang putih gebu dan terdapat banyak cara
untuk dapatkannya, samada secara semulajadi atau moden dengan penggunaan
ubat. Tetapi kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama
disebabkan pelbagai faktor dan satu cara yang berkesan untuk seseorang
tidak semestinya berkesan untuk orang lain.
Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa pilihan yang ada, supaya
anda boleh melakukan eksperimen sehingga anda jumpa yang terbaik untuk
anda.
1.Air beras
Ketika mencuci beras air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan
tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini
mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Air bilasan dikatakan mampu
haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan
tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit
setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
2.Air Rendaman Limau Nipis
Limau nipis ini mempunyai pelbagai fungsi, buat teh o limau ais pun
sedap tau panas-panas ni. Tapi untuk putihkan kulit janganlah nak minum
teh o air limau nipis lak kan jadi benda lain lak. Cara cerahkan kulit
dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis
dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandi lah dengan
air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga bantu untuk
harumkan badan tau.
3. Cuba Rendaman Susu Lemon
Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas.Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon
ke dalam tab. Masukkan lebihan kulit lemon yang telah diperah kedalam
tab mandi.
Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab.
Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan
air bersih.Susu dalam rendaman ini mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan
lembut. Ia juga melembapkan kulit, mengimbangi ciri-ciri pengering
kulit pada jus lemon.Cubalah rendaman susu sekali seminggu dan anda boleh melihat hasilnya selepas lebih kurang satu bulan.
4.Tomato
Ambil sebiji tomato, potong kecil-kecil atau hancurkan sebelum sapuan di
bahagian muka anda. Sapukan dengan pelahan-lahan dan biarkan selama
lebih kurang 20 minit lebih sebelum bilas. Amalkanlah dengan selalu dan
anda pasti melihat perbezaannys.Untuk pengetahuan anda, tomato merupakan
salah satu peluntur semulajadi yang tiada campuran bahan kimia.



