Memiliki kulit cerah berseri adalah impian setiap orang, khususnya wanita. Terdapat banyak cara untuk memutihkan kulit. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang selamat digunakan untuk mencerahkan kulit muka anda.
1.Minum Air masak sekerapnya
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi denan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan. Justeri itu kulit anda akan sentiasa kelihatan lembap dan berseri.
2. Aloevera
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.
3.Yogurt
Manfaat yoghurt untuk kulit terutama wajah adalah untuk mempercepat pengelupasan sel-sel kulit mati.Yoghurt boleh menjadi salah satu bahan semulajadi untuk pemutih wajah. Cara memutihkan wajah dengan yoghurt adalah seperti berikut:
- Sediakan yoghurt tanpa rasa secukupnya 1-2 sendok makan.
- Anda juga bleh menambahkan dengan madu, lalu gaul hingga rata.
- Bersihkan wajah dengan air suam, lalu oleskan yoghurt kepada wajah seperti masker.
- Biarkan selama kurang lebih 25-30 minit.
- Bersihkan masker yoghurt dengan air sejuk dan bersihkan.
- Lakukan cara ini secara rutin sekurang0-kurangnya 2 kali seminggu




