pemakanan yang sihat
Makanan yang
sihat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan
yang
sihat seharusnya memberikan kita tenaga, makanan yang mencukupi,karbohidrat,
protein dan lemak secara optimum dan kandungan
fiber yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat
menjauhi kita daripada penyakit.
Antara makanan yang sihat:
Buah-buahan
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang
sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
Sayur-sayuran
Bagi sesetengah orang sayur merupakan pilihan terakhir
untuk menu pemakanan mereka. Ada juga yang sanggup mengetepikan sayur-sayuran
yang terdapat di dalam hidangan mereka setiap kali mereka menjamu selera.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan
mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan
dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti
itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat
mempunyai manfaat tersendiri.
Banyakkan
meminum air kosong
Air adalah sangat
penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan
pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai
pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2
hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6
hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman
lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
Memakan kekacang
Kacang pea, kekacang dan
lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin
(terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan –
boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe,
protein sayuran bertekstur dan taugeh.
Kurangkan
gula
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau
serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.
protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.
Walaupun begitu, sayur-sayuran merupakan satu hidangan yang popular dikalangan mereka yang ingin berdiet. Ada yang sanggup menjadi “vagetarian”, hanya memakan dan mengambil sayur di dalam hidangan mereka sedangkan mengamalkan diet seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kita.
Sayur mengandungi kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.