Kelebihan Probiotik
Fungsi bakteria baik adalah untuk membuat vitamin. Ia juga berguna untuk bersaing dengan bakteria perosak bagi menurun paras bakteria tidak baik dalam badan. Bakteria usus yang baik ini juga menggunakan nutrisi yang sama dengan bakteria pathogen (bakteria tidak baik). Pengambilan i probiotik boleh membantu menghalang perkembangan bakteria patogen.
Kemampuan bakteria untuk melekat di dinding usus merupakan elemen penting dalam perkembang dan pembiakan bakteria. Di sini sekali lagi persaingan terjadi antara bakteria baik dan buruk. Salah satu fungsi penting bakteria probiotik adalah untuk mencegah atau mengatasi pertumbuhan bakteria patogen l (e. coli, salmonella, dll) pada dinding usus. Bakteria-bakteria buruk ini akan mengganggu proses pencernaan, mengelakkan penyerapan nutrisi, dan juga menyebabkan cirit birit atau muntah.
Dengan pengambilan probiotik bakteria baik dapat melekat pada usus dengan baik dan ia membantu mempertahankan dinding usus. Selain itu, ia juga merangsang kekebalan dinding usus. Probiotik juga memelihara dan merangsang sistem imuniti tubuh, jadi ia dapat membantu anda mengurangi risiko pelbagai penyakit.
Probiotik ini akan memperbaiki sistem pencernaan dengan menghasilkan enzim seperti polisakarida karbohidrat yang membantu untuk mengurai makanan. Oleh itu, usus kecil lebih mudah menyerap nutrisi yang terurai daripada makanan. Mikroflora di usus besar juga berfungsi dalam proses pengabungan vitamin.
Probiotik ini akan memperbaiki sistem pencernaan dengan menghasilkan enzim seperti polisakarida karbohidrat yang membantu untuk mengurai makanan. Oleh itu, usus kecil lebih mudah menyerap nutrisi yang terurai daripada makanan. Mikroflora di usus besar juga berfungsi dalam proses pengabungan vitamin.
Probiotik berkeupayaan untuk menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B. Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman serta mempunyai masalah pucat dan kurang vitamin, pengambilan probiotik adalah satu pilihan yang baik untuk membantu mengatasi masalah tersebut.
Enzim lactase akan menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh manusia. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus mengurangkan gejala alahan ini.